|
KUALA LUMPUR 11 Sept - ScopeTel Sdn Bhd (ScopeTel), merancang
meluaskan penguasaan pasaran di rantau Asia Pasifik berikutan
meningkatnya permintaan teknologi satelit dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Pengerusinya, Abdul Rahman
Shakor berkata, perkhidmatan satelit di Asia Pasifik masih lagi
berkurungan dan ketika ini, ScopeTel telah berjaya menjalankan urus
niaga seperti di Sudan dan Afrika. "Kami lihat banyak peluang
untuk menawarkan perkhidmatan satelit ke Asia Pasifik yang mana, masih
terdapat kekurangan untuk perkhidmatan tersebut. "Penawaran
harga yang lebih baik berbanding negara - negara Eropah yang
lain, memberi peluang kepada ScopeTel untuk bertapak di Asia Pasifik, "
katanya di sini hari ini. Beliau menjelaskan perkhidmatan
ScopeTel kebanyakkannya melibatkan syarikat minyak dan gas, yang mana
kebanyakan syarikat tersebut terpaksa menggunakan perkhidmatan satelit
untuk menghantar maklumat dengan kadar segera dan waktu yang tepat. Abdul
Rahman menambah, ScopeTel masih belum bersedia untuk mempelbagaikan
perkhidmatan untuk para pelanggan dan hanya menumpukan perkhidmatan
satelit. "Berdasarkan kepakaran dan perolehan yang baik dari
sektor ini, ScopeTel tidak perlu untuk menceburi bidang lain dan lebih
menumpukan perhatian kepada perkhidmatan satelit, " katanya
|